SOCIAL WORK

SOCIAL WORK

Friday 6 March 2015

KATA ALUAN YDP PERSATUAN












Segala puji bagi Allah Ta'ala, tuhan sekian alam. Selawat dan salam disampaikan kepada junjungan Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wasallam, keluarga serta sahabat-sahabat baginda.

Alhamdulillah, dalam usaha penubuhan persatuan baharu di unisza, maka dengan rasa syukur dipanjatkan kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala, kerana dengan limpahan rahmatNya kami dapat menubuhkan sebuah PERSATUAN MAHASISWA KERJA SOSIAL UniSZA.

Saya amat berterima kasih atas nasihat serta didikan dekan serta pensyarah agar sebuah persatuan dapat diwujudkan bagi memudahkan perancangan program untuk mahasiswa kerja sosial di UniSZA. Selain itu, tidak lupa juga jutaan terima kasih kepada para barisan pimpinan persatuan mahasiswa kerja sosial unisza yang bertungkus lumus membantu persatuan dan tidak lupa juga kepada semua pelajar kerja sosial yang banyak membantu untuk melancarkan tugas-tugas persatuan.

Saya selaku Yang Di-pertua persatuan mahasiswa kerja sosial pertama berharap dengan adanya persatuan ini agar ianya dapat merealisasikan visi dan misi persatuan kita seterusnya melahirkan mahasiswa kerja yang profesional.

Besar harapan kami semoga persatuan mahasiswa ini akan dapat memberi manfaat kepada mahasiswa. Segala amalan yang baik ini semoga mendapat keredhaan Allahu Subhanahu wa Ta'ala. Segala kesilapan dan kekurangan adalah kelemahan kami sendiri. Kalam Rasulullah buat sahabat kerja sosial.


خير الناس أنفعهم للناس
Bermaksud, sebaik-sebaik manusia adalah yang mana memberi manfaat kepada manusia lain.



"Pencetus,Profesional,Proaktif,Prihatin"

Nik Ahmad Fida'ul Izzat Nik Mohd Ajun
Yang Di-pertua Persatuan Mahasiswa Kerja Sosial UniSZA
2015/2016



0 comments:

Post a Comment